Thursday, June 10, 2010

golongan yang sedikit..

Ulama ada mengatakan خير الناس انفعهم للناس yang bermaksud : sebaik-baik manusia adalah yang mampu memberi manfaat kepada manusia. Dan sebenarnya orang yang mampu memberikan kebaikan kepada manusia bukanlah ramai. Dan ianya tidak memerlukan ramai orang. Sebab itu sukarno ada mengatakan : berikan aku 10 orang lelaki supaya aku boleh gegarkan dunia. Tetapi malangnya sukarno tidak berjaya untuk mendapatkan 10 orang lelaki seperti yang diinginkan. Apa bila kita melihat kepada sejarah rasulullah s.a.w, baginda muncul ditengah umat manusia yang paling teruk moralnya. Dari segenap sudut. Ekonominya, institusi kekeluargaannya dan kemasyarakatannya. Kita lihat Empayer rome menindas kaum yang lemah dengan menaikkan ufti sesuka hati. Dan raja farsi pula sanggup berkahwin dengan adik kandung nya sendiri. Perlbagai cubaan untuk menyelesaikan masalah manusia ketika itu. Muncullah golongan mazdakiah yang mengatakan kepunyaan individu adalah hak bersama. Secara tidak langsung masyarakat pada ketika itu tidak mempunyai hak peribadi. Maka rumah mereka akan dimasuk sesuka hati, isteri mereka dirogol, harta mereka diambil dan pelbagai lagi kemusnahan yang berlaku. Dan pada ketika itu muncullah nabi s.a.w seolah-olah seperti wira yang menyelamat kan manusia dari kegelapan. Maka amanlah dunia. Dengan kemunculan baginda. Dari rasulullahlah munculnya rahmat kepada alam. Dan barat juga mendapat secebis rahmat dari baginda dengan sinarlah negara mereka lalu dinamakan zaman kecahayan.iaitu keluar dari zaman kegelepan Dengan islam lah mereka mengenal minyak wangi. Dengan islamlah mereka mengenal sudu. Secara tidak langsung islam telah membawa ketamadunan kepada barat. Kerana itu “abu hasan nadawi” ada mengarang buku yang bertajuk: “kenapa gagalnya dunia sekarang ini dengan kejatuhan umat islam” …………..( ماذا خسر العالم بانحطاط المسلمين ). Percayalah!! umat manusia sekarang berada dalam kerugian kerana keruntuhan umat islam. Islam tiada padanya zaman cerah atau gelap. Kerana islamlah yang membawa kepada pencerahan. Yang perlu kita lakukan adalah kembalikan islam kezamannya. Zaman yang mementingkan institusi kekeluargaan, mementingkan kemanusiaan, dan segenap sudut. Maka kita mengharap kepada allah, supaya kita tergolong dari golongan orang yang sedikit, yang mana diberikan kemampuan untuk memberikan impak kepada dunia dan mengembalikan islam kezaman kegemilangannya. Wallahuaklam.

Saturday, May 22, 2010

Apabila orang mencerita kan tentang islam gelap dan islam cerah. Orang akan mengatakan , tujuannya adalah, kita perlu melakukan satu perubahan yang sesuai dengan era masa kini. Yang mana dengan kenyataan ini, mereka sanggup mengatakan islam yang dibawa oleh baginda nabi Muhammad s.a.w sudah tidak relevannya lagi. Secara tidak langsung mereka lah utusan allah yang boleh merubahkan ketetapan allah didalam agamanya. Sebenarnya mereka bukan mahu membawa perubahan didalam islam tetapi ingin menghancurkan islam dengan nama perubahan.

Sidang jumaat yang dirahmati allah

Sebenarnya kedatangan islam itu lah yang membawa manusia kepada pencerahan. Sekali gus kedatangan islam itu telah membawa satu perubahan yang begitu bermakna dalam kehidupan manusia. Kita lihat sebagaimana tercatitnya didalam kitab sejarah diawal penghijrahan umat islam ke habshah. Najashi raja habshah pada ketika itu didatangi wakil dari kafir quraish dengan bertujuan untuk mengembalikan umat islam yang berhijrah kesitu untuk dibawa kemekah. Lalu najashi memanggil kaum muslimin dan bertanya: agama apakah yang kamu anut itu? Menagapakah kamu sanggup memecah belah persatuan kaummu dengan agama itu? Mengapa kamu tidak memilih sahaja agama ku (nasrani) atau agama nenek moyangmu saja?

Jawab jaafar bin abi talib : dulunya kami masih hidup dizaman jahiliah, kami adalah satu kaum penyembah bahala yang gemar memakan bangkai, berbuat dosa, memutuskan silaturrahim. Bahkan kami sering menindas orang yang lemah. Itulah kebiasaan kami semasa jahiliyah. Kemudian ketika allah mengutus seorang nabiNya yang telah kami kenal nasabnya, kejujuran dan amanahnya. Beliau mengajak kami untuk menyembah Allah yang maha esa dan tidak menyukutukannya dengan sesuatu pun dan kami diajak untuk meninggalkan segala perbuatan jahat, makan harta anak yatim, dan bercakap bohong. Selain itu kami diajak untuk berlaku jujur, menyampai amanah, selalu berbaik dengan kerabat dan tetangga, dan kami dilarang membunuh sesama kami.

Mungkin kita mendengar seruan nabi Muhammad terhadap umat islam begitu mudah. Tetapi sebenarnya dengan perkara ini lah telah merubah kehidupan masyarakat arab pada ketika itu. Satu masyarakat yang tidak ada nilai pada ketika itu telah berubah menjadi tuan pada dunia ini. Kita lihat umar r.a . sebelum kedatangan islam, dia hanya pengembala unta ayahnya. Dan dia adalah orang yang pertengahan dalam golongan bangsa quraish. Dan mungkin dia tak terfikir yang bahawa dia akan jadi manusia yang memegang dua suku dunia. Kerana islam lah dia tiba-tiba muncul menjadi wira yang agung. Mempunyai akal yang cukup bernas dan mampu mentadbir dunia dengan penuh bersystem. Dalam masa yang sama tiada orang mampu menandingi ketaqwaannya kepada allah s.w.t.

Begitu Khalid alwalid, yang sebelum ini hanya memiliki kemahiran dalam taktik perang dizaman jahiliyah tetapi tidak memberikan apa-apa input kepada dunia, sehingga beliau menganut agama islam. Dengan kebolehan yang beliau ada , bersama pemerintahan umar alkhattab beliau dikenali dunia dengan membawa syiar islam.

Bilal ibn rabbah yang pada dulunya seorang hamba, tetapi dizaman kemunculan islam dia digelar sebagai tuan oleh umar alkhattab.

Tidak cukup dengan itu, muncullah ulama-ulama atau cerdik pandai dari golongan arab yang pada ketika dulu dikenali sebagai umat yang buta huruf, bangsa yang tidak bertamadun. Tetapi kerana islam maka muncullah ali karramallahuwajhah, aisyah, Abdullah bin masuod,dan zaid bin thabit dan ramai lagi.

Dengan sejarah yang ditulis adakah kita mengatakan islam membawa kepada kemunduran? Adakah islam perlu pencerahan sepertimana yang dikatakan. Jawapan saya tidak. Kerana ,Islam perlu dikembalikan kezamannya. Zaman yang mementingkan ilmu. Zaman yang mementingkan peradaban. Zaman yang mementingkan hak asasi manusia. Zaman yang mementingkan ketaqwaan kepada allah s.w.t. firman allah s.w.t :

لَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلَنَا بِالْبَيِّنَاتِ وَأَنْزَلْنَا مَعَهُمُ الْكِتَابَ وَالْمِيزَانَ لِيَقُومَ النَّاسُ بِالْقِسْطِ وَأَنْزَلْنَا الْحَدِيدَ فِيهِ بَأْسٌ شَدِيدٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ وَرُسُلَهُ بِالْغَيْبِ إِنَّ اللَّهَ قَوِيٌّ عَزِيزٌ (حديد :٢٥)

Yang bermaksud :

Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan kami telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. (Dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya itu untuk) menegak dan mempertahankan ugama Allah serta menolong Rasul-rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

Secara ringkasnya ayat ini menegaskan, apa sahaja kepandaian yang dimiliki oleh kita, perlulah dikhidmatkan kepada islam. Kerana kenikmatan yang diberi oleh allah itu adalah ujian kepada kita.

Sidang jumaat yang dirahmati allah

Perubahan itu penting. Kesesuaian zaman itu penting. Islam tidak menafikan perkara itu. Tetapi perubahan yang kita bawa hendaklah berlandaskan islam. Kesesuaian yang kita bawa, hendaklah tidak melanggar syariat allah yang telah ditetapkan. Dan ingat lah , meninggalkan islam dan mengikut barat sebagai contoh bukannya jalan yang terbaik. Cuba lihat pada hari ini, dengan berpandunya kita kepada barat adakah kita menjadi bangsa yang gemilang? Jawapannya tidak. Saidina umar ada menegaskan :

نحن قوم اعزنا الله بالاسلام فاذا ابتغينا العزة بغيره اذلنا الله

Dengan kerana kita telah meninggalkan islam, kita telah terkebelakang dalam segala aspek. Dalam aspek kemungkaran kita mundur. Lihat saja dunia hiburan kita, perfileman kita, nyanyian kita, tarian kita, masih lagi tidak mampu bersaing dengan mereka. Apatah lagi dalam aspek kebaikan. Maka tiada jawapan yang paling tepat ialah : ini kerana kita telah meninggalkan agama allah yang menjadi pedoman dalam hidup kita. Sebenarnya bila kita meninggalkan islam , kita telah mengembalikan kehidupan kita ke zaman jahiliyah, umat yang tidak bertamadun, umat yang hina , umat yang tiada arah tujuannya.

Oleh itu sidang jumaat yang dirahmati allah

Marilah kita memikirkan bersama , kerana kesemua kita memikul tanggungjawab ini, amanah ini, dengan ini saya mengingatkan diri saya dan diri kita semua supaya kita berpegang teguh kepada ajaran allah s.w.t firman allah ….

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آَمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ (الاعراف : ٩٦)

Yang bermaksud : Dan Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami bukakan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami) lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

Tuesday, December 30, 2008

Hari Ini Dalam Sejarah

Hari ni aku dah buat blog...sepupu kawin sekian lama aku menunggu